January 14, 2010

Badal Haji untuk Hj Mohd Khalil

Pernah terniat di hati aku dulu, bila aku dah besar dan dapat kerja bagus, aku nak bawak Mak dan Ayah pergi haji. Tapi dah ditakdirkan Ayah pergi dulu.
Selepas Ayah meninggal, Mak dah uruskan Haji Badal untuk Ayah; dengan hasil sedekah daripada orang ramai. Alhamdulillah.. wakil yang menghajikan Ayah dah pun sempurnakan Badal Haji tu. Hari Selasa lepas, orang tu datang bawak sijil, air zam-zam, sejadah dan surah yassin dari Mekkah; maknanya Badal Haji tu dah selesai. Tak sangka Ayah dah dapat gelaran Haji. Walaupun rohnya dah berada di alam barzakh sana.
Semoga pahala sampai kepada Ayah.. Dan semoga Allah swt mengkabulkan ibadah Haji tersebut. Amin.. Mak pulak dah plan nak pergi Haji tahun depan, InsyaAllah.. Semoga termakbul doa Mak nak ke sana.

// Aku pernah mimpi pergi Mekkah naik jet dengan Mak. Hebat betul.

No comments: