
Makam Hang Jebat which located at the very heart of Bandar Hilir town.

Munshi Abdullah's house.


Street market along The Dutch Square.

Jonker Street, Jonker Walk or Jalan Hang Jebat; you can choose either one of the names depending on your mood and I definitely choose Jalan Hang Jebat.

Baby, Mak and Kak Yang.


Kakak and I.

One of the wonderful God's creation.

He must be feeling sad and lonely living alone in this cage.

Hi handsome.

Kesian harimau ni.. Aku tahu dia rindu kaum keluarga dia kat hutan. This is not the place where this leopard should belong to. Sabarlah sayang..


Aku sebenarnya mencari Laksamana Sunan, tapi tak jumpa. Visitor's guide tu kata, sejarah mengatakan bahawa Laksamana Sunan sebenarnya adalah Hang Tuah. Tapi aku tak percaya, sebab apa yang aku tahu, Hang Tuah dan Laksamana Sunan bersatu ketika memperjuangkan Melaka ketika diserang Portugis. Tak apalah Sunan, aku tetap mahu menjadi Ratna Sang Ratu dihati kamu walau kita dipisah oleh dua zaman dan alam berbeza.
Love the day :)
7 comments:
Sang Kesatria itu..
Dengan keris tersergam,
Sembilan luk, tegap duduk pahlawannya
Jiwanya seberani sepuh kursani,
hatinya setegas kilat..
kalimahnya sedentum halilintar...
Dia berjuang
bukan demi nama..
Tapi juangnya sumpah janji kepada Pencipta..
Sang Kesatria...
Tegapnya cuma penglipur lara,
Beraninya itu cuma topeng dunia,
tegas itu hanya zahir dirinya..
Kesatria itu..
Sebenar batinnya lara,
Hatinya beku ditampar sunyi,
Sepi merentung sangkar raganya,
dia sujud zuhud
merafak sembah memohon nyawa
setiap kali sepi itu berkunjung ke dalam batinnya..
Sepulangnya dari suatu perang,
Sang kesatria bertanya..
Dimana hatinya?
Siapakah pencuri durjana?
Puteri,
Mata redup berbumbung cinta
Hati jernih segilap embun
Jatuhku adalah bingkasmu
Puteri,
Biarku bertanya..
Dimana hilangnya cinta?
Kalaupun sudah mati
dimana pusaranya?
Biar aku ketuai gerombolan bidadari di langit jika kau diutus untuk berperang lagi.
Bilamana sunyi beraja, biar aku jadi peneman sepanjang hayat.
Dan jika aku lah pencuri durjana yang kau cari-cari itu, maka tembaklah aku dengan senapang m-16. Biar tergadai nyawa asal kau tahu bahawa aku lah pencuri terulung itu.
Hati itu
Diamnya seribu rahsia
Cekalnya sejuta kalimah
Sepinya bukan dongengan kalam
Hati itu
Kini dikunjung rasa
Gadis penjual bunga
Ditawarnya sejambak cinta..harum kasturi
Hati itu
kini berteman
Terpatri sumpahnya dan janji si gadis penjual bunga
Bersaksi tujuh petala langit
Kini tercipta
Novela hati sepi dan gadis penjual bunga..
... berapa purnama yang ada untuk novela?
Bila tirai pentas dilabuhkan,
hati itu bertanya
air mata atau tertawa?
wahai fahren, kau pandai bermadah. tapi, kau begitu asing buat aku.
kata-kata kau merengkuh dan menyentap jiwa aku. dan aku rasa kau bukanlah seasing mana kerana baru sebentar tadi gelak tawa kau merusuk gegendang telinga aku.
please stay.. :)
Gadis penjual bunga
Di kanannya cinta
Di kirinya derita
Di hatinya rasa
Gadis penjual bunga
Meratap di pusara
Sepasang batu di atas tanah merah itu..tanda
Gadis penjual bunga
Bunga cintanya ubat derita
Hatinya diulik cinta kesatria
Gadis penjual bunga
Lupakan derita
Roda hidup bukan selalu lara
Cinta sang kesatria
sebening cinta Adam dan Hawa
sekuat ceritera Shah Jahan dan Puteri Balkishnya
Sang kesatria..
Ditikam, dibunuh ego dalam hidup sepinya
Demi cintanya
pada gadis penjual bunga...
cantiknya kau! and the pictures are sgt lawa okay!
Post a Comment