Seperti tahun-tahun yang lepas, Kumpulan Kebajikan Sukarelawan Gombak atau kini lebih dikenali sebagai Gombak Qaseh telah menjalankan sebuah lagi program bagi anak-anak yatim di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sekinchan. Bezanya, pada tahun ini, mereka dibawa pergi membeli-belah pada bulan Ramadhan untuk persediaan sempena hari raya aidilfitri. Hasil daripada sumbangan pelbagai pihak, setiap daripada mereka menerima duit raya, peruntukan membeli-belah sebanyak RM150 dan beberapa sagu hati. Selepas penat pusing-pusing di sekitar Sungai Besar Business Centre, team Gombak Qaseh bergotong-royong untuk memasak dan menyediakan juadah berbuka puasa. Selesai memasak, semua terbongkang akibat keletihan.
 |
| First check point. |
 |
| Enjin dah panas. |
 |
| Done shopping! |
 |
| :) |
 |
| Sesi pembahagian duit raya dan sagu hati. |
 |
| They love camera! |
 |
The kids were happy and we were contented. Mission accomplished, alhamdulillah!
|
Semoga Tuhan merahmati mereka dan kita semua. Cinta akan datang kepada mereka yang tulus memberi. Sebarkan cinta, sebarkan kebahagiaan!
23 Ramadhan 1433 Hijrah
Sekinchan, Kuala Selangor.
No comments:
Post a Comment