30 Ogos 2012. Sebuah pesawat Airbus berlepas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan, lenaku diganggu gugat oleh pelbagai perasaan yang bercampur baur. Sedar dengan misi besar yang sedang digalas, segala rasa gentar dan bimbang ditepis demi impian yang aku pendam sedari aku kecil.
Ekspedisi ini adalah bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-55. Ia melibatkan sekumpulan pelajar dan guru dari SMK Jitra dan SMK Hosba, ketua ekspedisi (Abang Bon) dan 8 orang pengiring jurupandu gunung (aku dan kawan-kawan). Kesemua pelajar yang terlibat telah disaring oleh Abang Bon selaku pegawai tadbir dan jurulatih dari Majlis Sukan Negara Malaysia.
Ekspedisi kali ini membawa dua misi. Mendaki Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Malaysia atau kelima tertinggi di Asia Tenggara, dan merentang 17,000 Jalur Gemilang di atas puncak gunung. Jika ekspedisi ini berjaya, kejayaan akan direkodkan di dalam Malaysia Book of Records buat julung-julung kalinya.
WE ARE THE TEAM MALAYSIA!
Day 1: Kinabalu Park. Dari kiri Zul, Abang Bon, Bulat dan Inoi.
Dari kiri Yana, Farah, Dayang, Hajar dan saya.
Kundasang. Usha puncak gunung dari kejauhan. Dalam jiwa sedang berkobar-kobar.
BTN Kundasang. Mengagihkan bendera.
Pelajar dan guru SMK Jitra dan SMK Hosba yang sihat-sihat, segak-segak belaka.
Day 2: We are ready!
Permit mendaki. AA31 016.
Mula mendaki ke base camp (Laban Rata) jam 9 pagi. Pendakian adalah sejauh 6 km dan memakan masa sehingga 6-7 jam.
Di Timpohon Gate. Selamat mendaki!
300 m before reaching Laban Rata.
Yey dah sampai Laban Rata!
Day 3: Journey to the summit begins at 12 am. Pendakian adalah sejauh 2.7 km. Aku pakai 4 lapis baju, 1 down jacket, 2 lapis seluar, 2 pasang stoking tebal. Itu pun menggigil lagi. Aku mengalami 'altitude sickness' atau AMS. Oksigen yang semakin menipis membuatkan aku rasa loya, mengantuk dan akhirnya terlena di sekitar South Peak. Aku tidur 15 minit sambil menggigil-gigil di celah-celah batu dan dikejutkan oleh seorang mountain guide, Kon. Aku dan Kon mendaki hingga ke summit. Ada beberapa kali aku rasa putus asa kerana perjalanan yang jauh, curam dan sangat sejuk.
Tetapi, Inoi atau nama sebenarnya Zainol mengingatkan aku bahawa jangan sesekali putus asa. Selagi ada kaki, jalan! Untuk sampai ke summit, keupayaan fizikal adalah nombor dua. Pertama, mental. Mental perlu cukup power untuk push diri sampai ke puncak.
Dah sampai puncak dengan Kon (jacket biru). Jam 4.30am
I have reached the summit! Alhamdulillah syukur Ya Allah! Cantiknya ciptaan-Mu.
Low's Peak Mount Kinabalu, 4095.2m. The 5th highest point in south east Asia. Temperature 2 degrees. Sejuk gila.
Dayang tengah bersorak "Kita boleh!"
Victoria's Peak.
Descending..which was the hardest part.
Donkey Ear's Peak
Tunku Abdul Rahman's Peak (on the left).
South Peak or usually known as Puncak Seringgit. Cuba pergi tengok duit seringgit sekarang!
Misi mengibarkan Jalur Gemilang bermula. Turut serta ialah angin kencang dan kabus tebal. Dan...hingus..
Selepas 17,000 Jalur Gemilang berjaya direntangkan selama sejam setengah, ketua mountain guide mengesahkan jumlah adalah tepat dan ekspedisi telah berjaya! Cikgu Hanif sebak sehingga mengalirkan air mata. Aku pun sama, tapi menangis dalam hati je.hewhew
Dengan ini, ekspedisi telah pun berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records dan kami pun sangat gembira! Perit jerih berbaloi!
The hardest part of all. Kaki kiri aku mengalami 'muscle fatigue' kerana hentakan kuat ketika menuruni puncak gunung. Kecederaan pada kaki memberi satu cabaran yang super hebat kerana perjalanan masih jauh.
Sempoi je opah baju coklat ni turun.
So, this is the 'Land Below the Wind'..
6 km to climb down...mengazabkan!
Semua selamat sampai ke puncak gunung dengan jayanya dan selamat turun hingga ke Timpohon Gate. Dengan ini, MISSION ACCOMPLISHED!
Day 4: Kota Kinabalu. Pengesahan dan perjanjian bersama Encik Zul, wakil dari Malaysia Book of Records.
Yay!!!!!!!
Yay!!!!
Dulu selalu main badminton masa duduk berjiran dengan Inoi di batang berjuntai. Sekarang kami dah ada rekod sendiri. Boleh bah kalau kaw!
Kami, pengiring Ekspedisi Merdeka 1 Malaysia telah berjaya melakar sejarah bagi seluruh rakyat Malaysia dan diri sendiri. Kami adalah bekas pelajar Unisel dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Selamat hari merdeka, negaraku.
*Ada beberapa kesilapan info di dalam video tentang jumlah bendera dan suhu. Jumlah sebenar bendera (17,000) dan suhu (-2 celcius).
Kami menerima 3 sijil dari pihak Kinabalu Park, Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri dan yang paling berharga, sijil dari Malaysia Book of Records. Semua adalah dengan izin Allah. Terima kasih Abang Bon kerana memberi pengalaman dan mempercayai kami. Terima kasih Inoi, Dayang, Farah, Hajar, Bulat, Yana, Zul dan Zaidi kerana sokongan dan semangat yang tidak berbelah bahagi. Kalian adalah hero dan heroin di hatiku. Thanks for the memories.
Nonoi tu jiran kita kan? Menitis gak lah air mata aku tengok pencapaian kau wahai Syafeena! Tak sabar nak jumpa kau sabtu ni. Tahniah! Tahniah! Muka Farah tu familiar sangat.
I am really proud to know someone as awesome as you. I hope the experience you received will be one of the many 'fuel' in your life and future endevours and I believe there's more to come from you. So TABIK HORMAT![sproinggggg boingggg boingggg]
p/s: I hope you'll post more about your experience on Kinabalu and more pictures minus the models.
bellot- awww man, thanks babe. ye lah. nonoi jiran sebelah tu lah. farah tu unisel shah alam.
abg bon- thank you so much abg bon. semoga berjaya utk ekspedisi Everest yg akan datang!
anonymous- best!! mestilah happy! ;)
zain- amboih panjangnya clap. lebam tangan kang.hehe. thanks zain. inshaaAllah..byk lagi tak tulis.. ada tragedi di 4 km terakhir masa climb down.hehe. will post later inshaaAllah.
Aaaaah, kamu sudah kelihatan begitu mature sekali! (; congrats ilyaaaa. Tau tak ada gambar sekilas pandang muka awak dah macam kak ili dah. Namapun adik kakak ^^
12 comments:
Nonoi tu jiran kita kan?
Menitis gak lah air mata aku tengok pencapaian kau wahai Syafeena!
Tak sabar nak jumpa kau sabtu ni.
Tahniah! Tahniah!
Muka Farah tu familiar sangat.
good job yaya.. very nice one..
bestnya!! and u look so hepi!
CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!
I am really proud to know someone as awesome as you. I hope the experience you received will be one of the many 'fuel' in your life and future endevours and I believe there's more to come from you. So TABIK HORMAT![sproinggggg boingggg boingggg]
p/s: I hope you'll post more about your experience on Kinabalu and more pictures minus the models.
CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!CLAP!
bellot- awww man, thanks babe. ye lah. nonoi jiran sebelah tu lah. farah tu unisel shah alam.
abg bon- thank you so much abg bon. semoga berjaya utk ekspedisi Everest yg akan datang!
anonymous- best!! mestilah happy! ;)
zain- amboih panjangnya clap. lebam tangan kang.hehe. thanks zain. inshaaAllah..byk lagi tak tulis.. ada tragedi di 4 km terakhir masa climb down.hehe. will post later inshaaAllah.
Aaaaah, kamu sudah kelihatan begitu mature sekali! (; congrats ilyaaaa. Tau tak ada gambar sekilas pandang muka awak dah macam kak ili dah. Namapun adik kakak ^^
cik wangi!! mature? yeke..but i wanna be forever young! ;p
of course muka sama..org selalu ingat kembar. tapi saya dan kak ili beza 6 tahun!
wowww!
tahniah dah sampai ke puncak kinabalu!
thanks kosong! kemanalah perginya? dah hilang link blog kosong..
wahh, lucky ya cuaca sangat baik waktu kalian ke puncak...saya sangat jeles!!hehehe
ilya,
masih ada saja di bumi ini. ;-)
fuhhh...best giler
Post a Comment