Babak itu bikin suasana hingar bingar dalam sunyi. Hati goncang.
Ia bukan satu detention mahu pun apprehension, tapi ia mengenai sebuah cerita.
Cerita yang menarik.
Senyap-senyap aku cuba menyelinap masuk dalam dunia itu. Rupa-rupanya ada persamaan dengan cerita aku. Hidup aku sebenarnya indah dan serba cukup; cuma kadang-kadang kurang rasa syukur. Sekonyong-konyong, aku rasa lucky.
"You have low self-esteem. I see that you can write well. So must be able to speak well too."
Aku tundukkan kepala dan angguk dalam ketidakpastian terhadap kebolehan diri sendiri.
Yes, i have low self-esteem. And low self-confidence.
Kepergian Ayah seolah-olah turut membawa separuh dari spirit aku pergi bersamanya. Dan kau di hadapan aku dengan sehabis baik meneliti ceritera aku dan menghuraikan realiti dunia yang sama sekali tidak hakiki.
"It's part of life, sayang.."
Saat gelombang suara itu memasuki gegendang telinga dan koklea bergetar bergerak ke auditory nerve, ada organ lain dalam badan aku turut merasai kesan dramatik energi elektrik tersebut, iaitu;-
jantung.
Lalu jantung aku bermonolog "Waduuuh.. kayak mau copot!"
Untung aja aku masih lagi bisa berbicara dan berbuat biasa.
20 minit berlalu dalam pejabatnya yang dingin. Tambahan pula dengan gula-gula woods peppermint yang sejuk dan menyegarkan pernafasan; aku seperti mudah mengendali konversasi sambil mengemam gula-gula berangin woods.
Dan supaya aku bisa menjadi 'someone', dan bukannya 'everyone', mulai sekarang aku harus cantumkan semula those scattered spirit of mine.
Yang mungkin tertinggal di atas katil setiap kali bangun tidur.
Yang mungkin tertinggal di Hutan Berkelah.
Yang mungkin juga tertinggal entah dimana-mana.
Dalam hati aku bermonolog lagi; "Cantik Sony Vaio tu. Oh, broadband pun absolutely same like mine."
.............
Tapi tiba-tiba macam terdengar suara jeritan lantang tapi sayup-sayup. Aku tersentak dari mati kecil sambil mengelap air liur basi.
"Angah!!!! Bangun!! Pegi bukak kedai!!! Dah pukul berapa dah ni?!!" jerit Mak seperti biasa.
Ohh, mimpi rupanya. Ya, itu mimpi semalam cuma.
Tapi aku rasa itu bukan mimpi. Ia pernah berlaku.
11 comments:
"It's part of life, sayang.."
i xphm la crite u nie...hehe...n ayat nie sape plak..?
wow. kau makin puitis. kau amalkan perkataan kamus dewan aku ke?
ya...
hv u forgotten of wat we've all discussed with u dat nite??
khairil azwan, its a stranger..
ili syazwani, tah tibe2 je. tibe2 dpt ilham nak puitis pulak.
anis kye, yes my dear. this is just a journal. just reminiscing, :)
aku suke bahasa2 kau. teruskan lg menulis ya. bunga kan lagi hati aku ni haha. jgn risau, low self esteem tu boleh jd high self esteem
kita boleh berubah
nice piece :)
aah ye lah.
i'll be there. ingat!
thank you, chaiya! :D
kak, kan aku dah kate jangan karut.
ye ili, setiap kali presentation pun kau ckp bende yg same
"anggap audience mcm katak"
but still aku takut.
itu ayat kau. aku anggap audience tu itik gantung cny.
apa kau nak takut. dalam kelas ada :
bapak-tawfik
mak-aa
pondan hot-fatin
guru displin-kinah
kawan yg cool-ili aqilah
kawan yg tak berapa nak cool-iza. hahahahaha.
Post a Comment