Sehari selepas ke Danau Gunung Tujuh, pendakian diteruskan ke Gunung Kerinci di daerah Jambi. Terdapat 47 buah gunung berapi di seluruh Indonesia dan Gunung Kerinci adalah gunung berapi tertinggi dan kedua tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 3805 mdpl. Gunung Kerinci adalah puncak tertinggi di Sumatera dan merupakan gunung berapi stratovolcano yang masih aktif, dikelilingi hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat harimau sumatera.
Pada hari pertama pendakian, hujan turun dengan sangat lebat dan pendakian tertangguh selama 2 jam. Menurut mountain guide, setiap kali orang luar datang untuk mendaki, pasti hujan akan turun dengan lebat. Keadaan itu aku tafsirkan sebagai satu cabaran yang sengaja menguji mental sebelum mula mendaki. Ketakutan itu tidak menyekat matlamat kerana rasa takut dan risau itu adalah untuk aku tangani dan hadapi dengan apa cara sekalipun.
Puncak yang mengeluarkan gas sulfur.
Main gate at 10 am.
Otai-otai. Depa ni dah tawan Himalaya. Setakat Kerinci pejam mata je.
Perjalanan dari main gate ke pos 1 - pos 2 - pos 3 - shelter 1 - shelter 2 - shelter 3 semakin susah dan curam. Jalurnya tajak yang amat.
Kejam
Three 'pewai' stooges. Ain penyet, Nini cokolat celup dan Yaya boboiboy.
Tiba di base camp/shelter 3 di 3320 mdpl- selepas 8 jam pendakian. Dirikan khemah dan bermalam di sini. Sejuk dia sampai ke tulang..
Kinabalu line-up!
Pukul 4 pagi bersedia untuk summit attack. Perjalanan ke puncak sangat mencabar kerana kecuraman sehingga 80 darjah, jauh dan berhawa sejuk. Tambahan pula dengan angin yang membawa gas sulfur/belerang menjadikan nafas sesak dan tekak perit. Keadaan trek adalah batu-batuan bergolek (rolling stones) yang membuatkan aku kerap kali tergelincir, terduduk lalu menangis. Jadi, terpaksalah merangkak. Ya terpaksa merangkak sambil air mata berguguran di pipi. Puncak dah nampak, tapi terlalu tinggi untuk digapai.
Video summit attack dari Haseef. Ketersasulan dimaafkan. Mungkin kerana sedang mental.
Matahari terbit. Shine on, everybody! :)
Bob, Zarul, Kak Nad and Dayang.
Jauh lagi nak sampai atas tu. Lebih kurang sejam setengah lagi. Maju terus! Usah mundur!
Ledakkan lava. Gambar oleh Pak Pani.
Almost there, baby.
Dengan dua tangan, dua kaki dan izin Allah, aku berjaya berdiri dan bernafas di puncak berapi tertinggi ini. Alhamdulillah syukur!
Hiking buddy 1
Hiking buddy 2
Taman langit ciptaan Tuhan.
Subhanallah. Itulah Danau Gunung Tujuh.. A magical view from the top of the mountain. I can't believe I was there.
Climb down. Gigil lutut.
Asap sulfur sedang mengganas di puncak. Nasib baik dah turun!
Terima kasih Allah S.W.T kerana mengizinkan aku dan rakan-rakan untuk sampai ke puncak. Terima kasih Allah S.W.T kerana mempertontonkan alam yang menenangkan jiwa. Terima kasih kepada hiking buddy ku di sepanjang pendakian. Aku muntah, menangis, AMS, baling batu, marah diri sendiri, semua kau layankan. Terima kasih, Inoi. Terima kasih rakan-rakan pendaki dan team Malaysian Backpackers yang gila dan bersemangat tinggi.
Aku pulang menceritakan sejuta keindahan itu pada keluarga dan teman-teman. Keindahan pemandangan dari puncak gunung, meteor dan bintang-bintang terang yang menerangi malamku akan sentiasa tersimpan sebagai suatu sorotan kenangan di dalam ingatan.
Puncak Kerinci dan Danau Gunung Tujuh, aku telah pun menawan kamu.
:)
12 comments:
Rara
said...
Ya Allah bestnya ilya.... cantiknya view kat situ!!!1
MasyaAllah. Nice view! That pix of yours with the Malaysia Flag is totally awesome. How i wish i do trekking and climbing as well, but totally not fit for it due to health condition.
Zilla- Memang indah ciptaan Tuhan, subhanaAllah. Amboi jgn jealous plis. Awak lagi jauuuuuuh berjalan dan tengok dunia. :)
Zaraab- Thank you, dear. Yes, the view is so amazing and simply impressive. I have asthma and my childhood was all about inhaler, steroid and ventolin which I couldn't live without them. Alhamdulillah.. Life is unstoppable with these feet and hands, right? :) Your journey was inspiring! Very nice and real photos!
afifah- boleh2. website Malaysian Backpackers sedang dlm proses pembikinan. nanti boleh update dari website MBP atau di join fb MBP :) http://www.facebook.com/groups/malaysianbackpackers/?fref=ts
jalan2 dgn mendaki tu lain dari segi kepuasannya, Ilya hehehe..cuma la ne dah tak cergas macam dululah..lutut dah goyang aje ne..tunggu tukar lutut baru boleh nak aktif balik, kot :D
12 comments:
Ya Allah bestnya ilya.... cantiknya view kat situ!!!1
best nyeee ! :)
Raaa, memang sangat cantik.
:D
subhanallah, viewnya tak terkata..indah banget...
*sangat jealous ok!!!huhuhu
MasyaAllah. Nice view! That pix of yours with the Malaysia Flag is totally awesome. How i wish i do trekking and climbing as well, but totally not fit for it due to health condition.
* Just found out about your blog! Nice!
Zilla- Memang indah ciptaan Tuhan, subhanaAllah. Amboi jgn jealous plis. Awak lagi jauuuuuuh berjalan dan tengok dunia. :)
Zaraab- Thank you, dear. Yes, the view is so amazing and simply impressive. I have asthma and my childhood was all about inhaler, steroid and ventolin which I couldn't live without them. Alhamdulillah.. Life is unstoppable with these feet and hands, right? :)
Your journey was inspiring! Very nice and real photos!
Tabik! =)
wahh seronoknya. macamana nak join :)
sting ray- ish segan la bagi tabik2 ni. hehe.
afifah- boleh2. website Malaysian Backpackers sedang dlm proses pembikinan. nanti boleh update dari website MBP atau di join fb MBP :) http://www.facebook.com/groups/malaysianbackpackers/?fref=ts
jalan2 dgn mendaki tu lain dari segi kepuasannya, Ilya hehehe..cuma la ne dah tak cergas macam dululah..lutut dah goyang aje ne..tunggu tukar lutut baru boleh nak aktif balik, kot :D
wah promote mbp . bagus .
Mesti la promote noi. Boleh la pasni payung tiket flight aku. Rinjani..he he he!
Post a Comment