June 13, 2010

Cadaveric donation

Esok yang bertarikh 14 June ialah tarikh lahir Arwah Ayahanda tercinta. Kalau tahun lepas, kami sambut secara suprise. Kiteorang empat beradik ketuk pintu bilik Ayah tepat pukul 12 tengah malam, sambil bawak kek secret recipe, hadiah untuk Ayah dan nyanyi lagu happy birthday bersama-sama. Ayah dengan berkain pelikat, kuak pintu dan tersengih je. Malam tu, kiteorang celebrate hari jadi nya kat atas katil je. Makan cake atas katil ramai-ramai. Memang sempoi habis la. Tak sangka itu kali terakhir.


14 June tahun ni tak ada lagi lagu hari jadi berkumandang untuk Ayah. Hanya doa dan fidhyah saja yang mampu aku hadiahkan untuk Ayah yang di alam barzakh sana. Aku redha dengan pemergian Ayah. Alhamdulillah syukur pada Tuhan for ending up his pain. Ya Allah, Kau tempatkan lah Ayah di kalangan kekasih-kekasihmu yang beriman dan soleh.. Amin..

Kira-kira 3 bulan sebelum Ayah meninggal, aku pernah tanya pada dia, bolehkah kalau aku nak jadi penderma organ. Dia diam je, tak endahkan pertanyaan aku. Kalau Ayah diam tu, tandanya tidak. Jadi, aku pun serba salah sebab aku dah mendaftar diri sebagai penderma organ di Pusat Sumber Transplan Nasional. Ada sesetengah kawan aku kata, derma organ salah pada perspektif agama. Pada aku, tak ada yang salah kerana kita cuma mahu membantu mereka yang memerlukan. Salah satu daripada maqassid al-syariahnya adalah untuk memelihara nyawa. Hukumnya harus. Lagipun, organ2 dalam badan ni bukanlah milik kita secara mutlak.

Selepas Ayah pergi, aku tiba-tiba teringat balik pasal derma organ ni. Ayah meninggal sebab kegagalan buah pinggang; salah satu organ penting dalam badan. Jadi, aku faham perasaan mereka yang memerlukan organ. I knew how much they need it. Arwah Ayah dah 10 tahun mendaftar dan tunggu giliran untuk mendapatkan penderma organ dari pihak hospital kerajaan. Tapi langsung tak ada berita dan mungkin bukan rezeki dia.

Sekarang, aku dah 21 tahun dan dah boleh buat keputusan sendiri. Aku hanya ingin membantu mereka yang senasib macam keluarga aku, ubah kehidupan mereka, menyelamatkan nyawa dan memberi mereka harapan untuk hidup lebih sempurna. Ia sedikit sebanyak buat aku rasa lega, lebih optimistic dan beri kesedaran terhadap pentingnya menghargai sebuah kehidupan.
Click here if you wish to be an organ donor. :)

Bai!

// 'Cadaveric Donation' merujuk kepada pendermaan organ selepas kematian.

6 comments:

lidah said...

Ya Allah, sedihnya. Comel nya awak . Jd anak I meh meh

iley said...

hello yaya. kau tahu, kali terakhir aku sambut birthday adik aku 3 tahun lalu. sekarang ni, aku tetap celebrate.cuma nyanyian happy birthday, bertukar kepada bacaan Yasin. lebih baik kan?

aku juga faham apa yg kau rasa. mari kita jadi penderma organ. :)

Unknown said...

Dia berkata..
Hatinya telah mati
Ditelan kecewa
satu kehilangan jiwa

Dia berkata..
hidupnya fana
Dibaham sepi
Di sergah sunyi

Aku berkata..
Itu putar dunia
Yang hilang pasti tak akan terganti..
Satu hari.. hati yang sepi akan terisi
Jiwa akan berteman
sunyi akan ditawan

Aku dan dia..
Dua jasad satu jiwa
cerita yang sama
waktu berbeza

syafeenamk said...

Lidah, jadi anak u? haa mcm mane nak sign up?

Ili, hm yes..u always know how i feel kan? gi la daftar jd penderma organ tu. nnt dah daftar die kasi kad warna hijau, kau kne bwk pi mana2.

Hai encik Fahren, i like this,
"Itu putar dunia
Yang hilang pasti tak akan terganti..
Satu hari.. hati yang sepi akan terisi"

Kalau di translate kan dia jadi, "it's part of life, sayang. and you'll find one soon!"
Macam kenal kan?

Anonymous said...

ilya, im very interested with being a donor. tp mcm takot.. is there anything i should know?

Anonymous said...

hai.have been a silent reader to ur blog.n tertarik untuk bace ur previous post.n alhamdulillah i found this post!mmg dari dulu nak jadi organ donator but dpt bantahan dari org2 terdekat.but i can show this to them n hope dorang fhm.

b strong girl!:)

maisarahz